Tuesday, 13 March 2012
M.A.T. Terma dan Syarat
M.A.T. Online untuk menggunakan Terns dan Syarat supaya kita dapat menyediakan pemain kualiti perkhidmatan yang baik. Kamijuga ingin boleh meningkatkan interaksi antara syarikat dan pemainuntuk meningkatkan kualiti permainan ini, pemain perlu tahu danmematuhi syarat-syarat yang kita menunjukkan seperti di bawah:
1. Melindungi hak anda
Sila baca peruntukan yang berikut sebelum anda mendaftar MATOnline & memainkan permainan ini. Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli atau bermain M.A.T. Talian ini permainan dalam talian,bermakna anda telah bersetuju dan mematuhi semua peruntukanbahawa kita menunjukkan seperti berikut; sebagai peringatan, syarikat mempunyai hak untuk membuat perubahan ke atasterma-terma yang apabila diperlukan, sila memeriksa dengan kerap untuk MAT kami Laman web rasmi dalam talian(http://mat.cibmall.net).
1. Melindungi hak anda
Sila baca peruntukan yang berikut sebelum anda mendaftar MATOnline & memainkan permainan ini. Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli atau bermain M.A.T. Talian ini permainan dalam talian,bermakna anda telah bersetuju dan mematuhi semua peruntukanbahawa kita menunjukkan seperti berikut; sebagai peringatan, syarikat mempunyai hak untuk membuat perubahan ke atasterma-terma yang apabila diperlukan, sila memeriksa dengan kerap untuk MAT kami Laman web rasmi dalam talian(http://mat.cibmall.net).
Monday, 12 March 2012
1st Time Main M.A.T Online
1st time aku tgk game ni, agak menarik perhatianku sbb game ni merupakan 1st FPS game yg grafik dia quite best. semua bdak cc dkt kolej aku layan game ni. Aku pon saje2 la try register n main. mmg boleh tahan skill aku. xde la noob sgt sampai kutip negative score sbb sblum ni aku penah main CSO Online tpi disebabkan grafik dia agak gampang so aku brenti. On 2 Februari 2010, MAT Online suda restart server drpd close beta kepada open beta. start pada tuh, aku pon kejar rank memandangkan semua rank dah jdi lvl 1. So,aku target la 1 hari atleast naek 2-3 lvl time tuh. Lama kelamaan, MAT Online sudah menjadi sbhgian drpd hobi masa lapang aku.
Aku suka main game , hari hari aku main game
Buat pengetahuan kamu pembaca blog ni, aku ialah seorang gamers yang bolehlah dikatakan agak tegar. Sejarah aku bermain game ni kalau nak diceritakan memang agak lama jugak la. Sejak dari bangku sekolah bila first time ayah beli komputer Acer yang berharga lebih RM 2000 waktu tu. Kalau la RM 2000 sekarang buat pc, memang kaw-kaw power beb.
![PES2010_messi](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vErVlQLzJBrq-HLcDd5WjlDhg1SbeRePxb64q8RD2Y6qqoVajPeU9V8E7V2AM9pxZE_0iRUQ6_zOhJusB21zDULxaw4TE_IhprbqbkU8Xlq788YEKgPmpoXpsMf2DtyRpN2GVy5Rbtw3OigFFhmlOVPMi_O3iEgOummRwsVC9vW_b6i8ySJ6oX=s0-d)
![counter-strike-6](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sYvy5vONDdPafUW9ikOigoXQEr8QuVpq8kZ4LDDsge7pNom03yS-SaLat_z3ByYlrpzEKywcmSMGhK0rrjPimMj4jZRdPqnq6CMoh_KkumvNgIw2rfhJiWMfs0Q187gtkNmOhBH5NlQpEyyElP0rxOCeeTB65bacm7kn5EJghNpzo=s0-d)
![dota](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uffXYzV3z3GrGWj5RmUYbEpOllrw3FmgoVXftZXFh7mAjZzLDkPFaLyqCM0GTL60_vLioPZOOpgK9dZ6gGRcGSyS8uBdV3n0yJnilgS48GEwrcBHOWcJHPrIpdx_T-PNYfket_iVnv6fSvFUe1dqVnffBisfk=s0-d)
Bila masuk form 1 makin menjadi-jadi kegilaan aku. Aku boleh habiskan berjam-jam depan PC menghadap PES, NFS, CS, Warcraft dan beberapa lagi games yang tak perlu aku senaraikan semuanya. Tapi bila dah meningkat remaja ni kena kawal la sikit, tapi masih layan jugak la sekali-sekala (agak banyak jugak sebenarnya).
Game paling aku layan sekali mestilah Pro Evolution Soccer daripada KONAMI. Sebagai seorang peminat sukan bola sepak, bagi aku tak sah kalau game ni tak menjadi medium untuk aku membuang masa. Kalau bercakap pasal PES pulak, rasanya tak lengkap kalau kita tak sebut ape-ape pasal pesaing terdekat diorang, FIFA daripada Electronics Art (EA). Ada satu benda je yang aku suka pasal FIFA, diorang ada lesen rasmi untuk guna logo-logo pasukan bola sepak seluruh dunia. Kalaulah PES boleh dapatkan lesen tu, fuhh memang parah jugak la FIFA kan. Tapi tak ada masalah, mesti ade geng-geng ‘bawah tanah’ yang akan buat patch untuk betulkan kekurangan pada PES tu. Sekarang ni tengah layan PES 2010.
Counter Strike salah satu daripada game dalam kategori First Person Shooter yang aku masih lagi ketagih walaupun dah bertahun-tahun francise ni berada dalam pasaran. Aku tak pernah bosan walaupun terpaksa layan BOT yang macam haram tak terer (buat mereka yang bukan gamers tu BOT=komputer). Aku suka main jenis map fy (fight yard) sebab saiznya yang lebih kecil berbanding jenis map yang lain. Map kegemaran, ice world, 2000, oasis, dust.
Warcraft pulak jenis strategy game. Aku mula kenal Warcrat waktu darjah 6 tapi belum ada minat nak cuba waktu tu lagi-lagi kene keluar duit pegi cyber cafe. Bila form 1 mula la nak cuba itu ini. Tapi aku cuma main game Warcraft yang cikai-cikai je macam tower defense (tak makan banyak masa). Bayangkan bila kau boleh tak tidur semalaman berbekalkan secawan Nescafe depan PC dek penangan encik Dota ni. Game ni jadi lebih berhantu waktu study week. Ni semua pengalaman aku memerhati member-member aku la.
Untuk Need For Speed pulak, aku rasa lagi lama sejarah aku bermain game ni. Aku rasa mula dari sekolah rendah dulu kot. Sekarang yang terbaru dah ada Need For Speed Shift. Gambar memang kaw-kaw cun tapi aku tak berapa suka sebab lumba di litar dan tak berapa gemar dengan gameplay-nye.Terlalu realistik membuatkan aku panas je main, kereta asik terpusing-pusing pastu bila terlanggar dinding penig-pening. Sedarlah wahai pembangun-pembangun perisian game, game akan tetap jadi game, tak akan boleh tandingi dunia sebenar, jadi jangan terlalu over lah.
Akhir sekali game yang aku mula layan waktu sekarang ni, Guitar Hero. Gile best game ni. Macam main gitar betul la. Cuma ada 5 key je. Itu pun lenguh jari beb! Aku customkan 5 key dia dekat F1, F2, F3, F4 & F5 dan key untuk petik not pada Ctrl kanan. Lepas tu pegang keyboard ala-ala gitar. Gile layan beb.
Selain daripada yang aku senaraikan kat atas ni. Ada la game-game lain yang aku main lagi macam Red Alert, WWE, Mario, Gamehouse, Metal Slug, Mat Online dan yang sewaktu dengannya. Oh tak lupa Pokemon gameboy tu. Boleh kata aku main je la apa yang ada.
Moral yang kau boleh ambil dari entry kali ni, nak main game boleh. Tapi cuba kawal sikit la yer lebih-lebih lagi yang dah sedikit dewasa tu. Banyak tanggungjawab lain yang lagi penting. Kalau yang belum berjinak-jinak tu, tak payah la nak cuba. Boleh akibatkan ketagihan yang serius! Lagi baik kau update blog ke, main bola tampar kat luar ke, lepak dengan kawan-kawan ke dan kalau betul-betul malas pergi tidur atau tengok movie.
Subscribe to:
Posts (Atom)